SELAMAT DATANG

Tuesday 26 November 2013

CERITA | TENTANG | SIHIR | Bab 1 |



بسم الله الرحمن الرحيم
"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA 
PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"
Assalamualaikum wbr ..
Perkongsian bersama..


Alhamdulillah syukur ke hadrat lagi dapat jua kali ini meneruskan perjuangan yg ada setelah hampir 6 bln berdiam diri..

Alhamdulillah kami berjaya juga membuka blog yg ke 3 setelah blog2 yg sebelum ni di hack oleh org2 tertentu yg penuh tamak dan hasad dengki...

Tapi mengalah bukan bererti kalah.. pergi bukannya lari..

Insya Allah kami akan teruskan usaha demi ibadah di jalan fisabilillah...

Mudah2an usaha dan ikhtiar kami dipermudahkan dan dirahmati Allah taala...


Sebagai pembuka bicara.. kami ingin berkongsi sedikit info dan maklumat ttg topik yg makin jadi perhatian iaitu SIHIR.


..Sekadar gambar hiasan shj..

APA ITU SIHIR

1. Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam utk tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.

2. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.

3. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap dan menyekutu selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS  seperti bangsa Qibti dan Kaldani.


KISAH SIHIR DARI AL QURAN


Antara kisah2 sihir dari dalam Al Quran seperti :

1. Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk menentang tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diturunkan di Babil sebagaimana ditemui beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud bebeapa abad sebelum masehi.

2. Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, ayat 63-69.

3. Rujukan mengenai sihir amat juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Rasulullah saw disihir oleh seorang Yahudi Arab.

4. Kisah mengenai takhta Ratu Balqis semasa zaman Nabi Sulaiman yang dapat dipindahkan sekelip mata oleh seorang manusia seperti yang diceritakan dalam Surah An-Naml, ayat 38-42.


SIHIR DALAM ISLAM

1. Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah.

2. Di dalam aliran Sufi bagaimanapun terdapat konsep “barakah” yang merujuk kepada “rahmat” atau “kuasa Tuhan” yang diberikan kepada orang alim.

3. Juga masih terdapat orang Islam yang menggunakan jin bagi tujuan yang baik seperti dalam perubatan dengan bantuan dari ayat Quran dan doa.

To be continued.....

Baiklah....
Kita akan kongsi lagi info untuk bhgn seterusnya...

Insya Allah selepas ni kita akan kenali jenis2 sihir yg biasa kita dgr dlm masyarakat kita khususnya...

Tunggu ye...

Sila click disini utk bab 2



No comments:

Post a Comment