Monday 13 January 2014

CERITA | TENTANG | SIHIR | Bab 7 |





بسم الله الرحمن الرحيم

"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA 
PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"
Assalamualaikum wbr ..
Perkongsian bersama lagi..

Bertemu lagi untuk bab 7..wah..dah nk hampir ke penghujung cerita..

Maaf sgt2 sebab hampir 3 minggu tk update dan mendiamkan diri.

Ada byk urusan dan kerja yg perlu dihabiskan. Itu belum lagi dengan urusan pengubatan dan pemulihan terapi untuk yg memerlukan.

Insya Allah...kami akan cuba sedaya upaya untuk memeriahkan lagi blog mulai tahun ni..(azam baru)

Tapi sebelum itu, sila baca dulu bab2 yg terdahulu supaya tidak keliru atau confuse.

Sila klik DISINI untuk ke bab permulaan (bab 1).

Diingatkan bahawa semua ini hanya sekadar perkongsian ilmu.

Baiklah...kali ni kita akan berkongsi tentang doa2 dan ayat2 utk mengelak gangguan sihir dan makhluk halus.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya.

Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir.

Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam.

Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembuh sihir.

Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. 

Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.)    Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.)    Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.)    Surah Al-Baqarah 2 : 284-286



Terdapat juga doa dan ayat2 lain yg boleh digunakan untuk mengelak gangguan sihir dan makhluk halus.

Sebenarnya cara asas yg biasa kita amalkan seperti membaca Al fatihah,3 Qul dan ayat Qursi sudah cukup kuat untuk digunakan sbg mengelak gangguan sihir dan makhluk halus.

Sebaik2nya diamalkan setiap kali selepas habis solat fardhu. 

Namun setiap ayat2 tersebut perlu dibaca dgn tatacara yg betul dan sesuai mengikut setiap keperluan individu itu.

Contohnya selain dari mengelak gangguan, ada yg digunakan untuk ketenangan hati..kebahagian.. keharmonian..pengerat kasih sayang..memdamaikan suami isteri..anak2 yg degil..brg yg hilang..study.. temuduga kerja..dan bermacam2 lagi..

Untuk petua2 itu tak boleh diterangkan secara umum disini sbb ada pelbagai jenis dan cara yg bole diikhtiarkan. 

ILMU ALLAH ITU SANGATLAH LUAS.

Jadi fahamilah dgn teliti.

JIKA ANDA INGIN TAHU MENGENAI PETUA DAN TATACARA TU, jgn segan silu hubungi kami.

Insya Allah akan dibantu.

Selain dari itu boleh juga ditambah dengan wangi wangian seperti 
minyak kasturi,gaharu (sila klik) dsb untuk dijadikan asbab dan ikhtiar memulihkan gangguan tersebut. 

Berikut juga adalah sebahagian dari beberapa doa dan ayat2 Al Quran yg boleh digunakan untuk mengelak dr gangguan sihir:

Perlu diingatkan sebaik-baiknya yg paling ringkas dimulai dengan memberi sedekah Al fatihah kepada Rasulullah saw serta sahabat2 baginda dan sedekah juga pada ibubapa serta akhir sekali pada diri sendiri supaya mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah Taala.

Lakukan dan niatlah dengan rasa rendah diri dan yakin hanya Allah Taala yg berkuasa atas segala2nya.

Ayat untuk mengelak dari terkena santau

Doa untuk mengelak dari sihir


Ayat untuk melepaskan diri dari belenggu / rantai sihir

Jadi kita akan sambung untuk bab AKHIR.

No comments:

Post a Comment