SELAMAT DATANG

Monday 23 December 2013

CERITA | TENTANG | SIHIR | Bab 6 |


Assalamualaikum wbr...

Kita bersambung lagi dari bab ke 5 tadi..

Dan kini semakin rancak cerita sihir ni..

Tapi sebelum itu..

Seperti biasa anda dinasihatkan supaya membaca dari bab 1 sila click disini supaya tidak keliru atau konpius. 

Sekadar hiasan



AWAS!!!Awas!!!AWAS !!!!

TANDA2 TERKENA SIHIR:
Perhatikan sendiri...

Andai ada tanda2 yg tersenarai dibawah..
insyaAllah berkemungkinan anda atau 
ahli keluarga atau rakan anda 
ada gangguan diri atau sihir :

- Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
- Badan terasa berat dan malas.
- Sukar mendapat jodoh.
- Badan terasa bisa-bisa.
- Sakit ketika ziarah orang meninggal.
- Sukar tidur malam.
- Sakit pinggang tanpa sebab.
- Sakit dada bila waktu asar keatas.
- Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
- Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
- Bermimpi di tempat tinggi.
- Bermimpi di tempat yang kotor.
- Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
- Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
- Bayi kerap menangis.
- Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
- Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
- Malas beribadat.
- Nyanyuk ketika usia lanjut.
- Panas baran.
- Sikap berubah secara mendadak.
- Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
- Suka melakukan tabiat buruk.
- Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
- Kerap keguguran.
- Gagal melakukan hubungan kelamin.
- Mengantuk bila dengar al-quran.
- Bermimpi seram yang menakutkan.
- Darah haid turun lebih 15 hari.
- Batuk yang berpanjangan.
- Selalu ditindih ketika tidur.
- Kuat berangan.
- Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
- Nafsu seksual yang melampau.
- Selalu melihat kelibat dirumah.
- Terasa diri selalu diperhatikan.
- Mandul.
- Kerap mendengar sesuatu bisikan.
- Melihat jin secara terus.
- Sakit mental atau gila.

Kebanyakan diatas adalah tanda2 yg sangat lazim berlaku.

Ada juga yg di antara kita yg langsung tk perasan ada gangguan sehinggalah di saat ditemukan Allah Taala untuk berjumpa dgn mereka yg pakar.


Ataupun sebagai permulaan,
sila click disini bagi mendapatkan salah satu ikhtiar yg mudah dan ringkas bagi mencegah dan menghindari diri dari gangguan sihir.

InsyaAllah kita akan bersambung ..
Kini hanya tinggal lagi 
2 bab terakhir
..
Jadi nantikan untuk cerita seterusnya klik sini
...

CERITA | TENTANG | SIHIR | Bab 5 |

Assalamulaikum wbr..
Dah lama tak meng'update' blog ini.

Maaf dipinta atas kesibukan dan urusan perubatan terapi.

Ada beberapa lagi produk baru yg akan dipostkan nanti.

Baiklah...

Kali ini kita akan berkongsi cerita lagi tentang sihir.

Anda dinasihatkan supaya membaca dari bab awal (click disini) demi mengelakkan dari kekeliruan.

Jadi..
Berikut adalah sedikit info yg boleh dikongsi sekadar pengetahuan semua.


Untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok Bomoh oleh Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai cara dan jalannya. Iaitu :-

1. Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari nenek moyangnya atau saka-baka, di mana ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek atau keturunannya terlebih dahulu atau pernah atau telah menjadi Ahli Sihir ( Tok Bomoh ). Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir terus ke dalam badan anak-cucu mereka pula.

2. Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin yang menyerupai rupa datuk-neneknya dalam mimpi dan memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi-jampi atau mentera-mentera tertentu. Kemudian diamalkannya ayat-ayat itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya untuk memberi pertolongan.

3. Melalui bacaan - Wirid, ayat-ayat, jampi-serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkannya.

4. Melalui amalan-amalan dari seni mempertahakan diri iaitu Pencak Silat ataupun Kuda Kepang yang dipelajari atau dituntutnya.

5. Melalui pertapaan – tidak kiralah di dalam hutan, gunung-ganang, gua, perigi buta, kubur dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya.

6. Meniru tanpa berguru – samada dari Tok Guru atau Ahli Sihir lalu atau melihat cara orang lain membuat perubatan lalu mencubanya.

7. Melalui Berguru yang memelihara Jin-Jin, lalu diajarkan dan diamalkannya melalui kitab-kitab tertentu atau secara bersendirian.

Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir

Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah seperti berikut :-

1. Pemujaan Kubur
Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.
Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikatakan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka.

2. Keris, Lembing dan Limau
Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keris tersebut harus dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut dengan kain kuning atau hitam.
Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan mantera dan jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapat membantu mereka.

3. Ancak
Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancak juga digunakan untuk jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-anak kampong.

4. Sanggu
Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok yang mesti di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi tertentu.
Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka. Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.

5. Sangkak
Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka. Kemenyan dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.

Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

6. Pemujaan Tanduk Kerbau
Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.

Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti berikut adalah amat bertentangan dengan agama Islam.

Ia adalah semata-mata perbuatan Khurafat yang mesti kita jauhi untuk kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.

PERINGATAN !!!

Segala info diatas hanya dijadikan sebagai maklumat dan ilmu semata2.

Jangan ada yg bertindak diluar batasan.



Bagi sambungan seterusnya
.....
Sila click disini 

utk bab 6
....


Tuesday 10 December 2013

MINYAK KASTURI DARUL ILHAM







Aslmkm wbr..


Bismillahirrahmanirrahim..


Mengubati penyakit itu harus bagi setiap manusia..

Setiap usaha adalah ikhtiar asalkan tidak lari dari iktikad dan akidah diri..Insya Allah..

Untuk masalah gangguan jin & makhluk halus, penyakit alami, penyakit ghoib, misteri, paranormal dan lain2.

Sila pastikan anda membaca sehingga habis..

ANTARA REALITI DAN MISTERI

Tapi kali ini buat permulaan..

MINYAK KASTURI
 DARUL ILHAM
=========================

Khasiat utama: 
Dengan izin Allah

1) Memulih dan membersihkan aura 
2) Mudah mendapatkan ilham
3) Menjana idea
4) Mengaktif kan minda dan daya fokus.
5) Membantu dalam menghafal
6) Menghilangkan rasa mengantuk
7) Mengusir Jin & Syaitan laknatullah
8)Disukai para malaikat
9) Boleh digunakan untuk beribadat
10) Menambahkan keserian wajah
11) Aura seri muka
( Insyaallah di sukai ramai )
12) Membantu merawat penyakit diri sendiri

Malah byk lg khasiat yg tk dpt dituliskan disini.. sebagai ikhtiar.

Ada juga testimoni yg diberi tp tk dpt disertakan kerana tk mahu dianggap sengaja mereka-reka cerita.

**************************




Tetapi... yg pasti:

- Telah digunakan oleh anggota keselamatan di Lahad Datu.

-Telah digunakn utk para pelajar pusat tuisyen di Kg Baru KL.

-Telah digunakan oleh pesakit2 santau..rasuk..ilmu hitam..murung.. dll lg.

- untuk penyakit2 alami.

=========================

Diperbuat dari sumber yg asli halal dan suci dari najis.

Handmade fragrance dgn cara pembuatan yg diterapikan selama 2 minggu menggunakan kaedah zikirullah dan ayat2 Alquran serta ibadah yg lain mengikut Alquran dan As sunnah.

1001 khasiat pelbagai kegunaan dgn cara2 penggunaan yg betul insya Allah.

Cuba dan alami sendiri..
Tak cuba mana nk tahu kan..

Didatangkan dgn 3 aroma haruman asli :

Untuk perempuan
Untuk lelaki
Untuk kanak2

TAWARAN HARGA ONLINE!
_________________________
             
  RM30 
Sebotol

Kos pos 
RM6 utk semenanjung
RM9 utk sabah sarawak

Sila hubungi:
Kol/sms/Wassap/wechat

  0127490498

P/s : jika ada sebrg masalah gangguan dll..bole terus hubungi pihak kami..insyaAllah

Seterusnya utk cerita lanjut ttg misteri alam ghoib, jin, bunian, makhluk halus dll lg boleh ke blog ini:

https://www.ilhamterapi.blogspot.com

Atau fb

https://www.facebook.com/terapitradisional

Monday 2 December 2013

CERITA | TENTANG | SIHIR | Bab 4 |



بسم الله الرحمن الرحيم

"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA 

PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"



Bagaimana Mengenali Bomoh Sihir
Disini ada satu artikel menarik yg ingin dikongsi kepada anda.

Tapi perlu diingatkan bahawa anda hendaklah membaca awal dari bab 1 sila click disini supaya tidak keliru atau konpius.

Artikel dibawah hnyalah sbg satu info utk anda semua.

Namun ada beberapa sudut pandangan yg dilihat kami akan highlight sbb bercanggah dgn pengalaman kami sepanjang ini.

Jadi tepuk dada tanya selera....

"Ramai orang yang sering mendapatkan khidmat bomoh dan dukun-dukun apabila ditimpa sesuatu musibah dan sakit. Lebih khusus apabila sakit berbentuk mistik @ apa yang dikaitkan dengan istilah terkena buatan orang.

Malangnya bomoh yang diberi kepercayaan itu bukan mengubat, tetapi menambahkan lagi penyakit selain menyebabkan akidah si pesakit terjejas teruk!

Ditambah pula dengan banyak aduan kes jenayah seperti cabul, rogol dan zina! Justeru adakah benar jika bomoh dijadikan pilihan?

Byk pendapat yg kata majoriti mereka yang diangggap bomoh ini sebenarnya punya kaitan dengan tukang sihir dan pengamalan ilmu sihir.

Justeru harus diawasi dan dihindari segala bentuk perubatan yang pelik, ghaib, dan pengamalan bacaan-bacaan tertentu yang tidak wujud dalam al-Quran & as-Sunnah.
Demikian juga dengan amalan-amalan yang menyalahi hukum syarak.

Ketahuilah bahawa ulama salaf menyatakan bahawa; “Mati dalam keadaan sakit lebih baik daripada sembuh tetapi telah melakukan syirik”.

Mari kita kenali tanda-tanda bomoh jahat yang mengamalkan sihir dan wajib dihindari.

Semoga dengan itu, kita selamat daripada kejahatan mereka samada dari sudut agama, kewangan, maruah mahupun masa yang kita miliki.

Ciri-ciri ini apabila dikenali ianya dapat mengelakkan anda daripada kesesatan yang dengan izin Allah kita akan selamat daripada terjerumus kepada dosa besar ini.


Tanda-Tanda Zahir Tukang Sihir
 (Bomoh Sihir)




1) Soalan si bomoh kepada pesakit tentang nama pesakit dan nama ibunya.(mmm.. tp kdg2 kena gak tahu nama org yg sakit sbb senang untuk berkomunikasi kan..)

2) Permintaan si bomoh agar diberikan kepadanya apa-apa kesan milik si pesakit seperti sikat, baju, rambut dan sebagainya.

3) Meminta daripada si pesakit agar dibawakan haiwan tertentu dengan sifat-sifat tertentu untuk dibuat korban kononnya, dengan menyebut nama-nama tertentu bukan dengan nama Allah. Boleh jadi Kemudian darah binatang itu diletakkan pada bahagian yang sakit.

4) Si bomoh menulis gambarajah @ rumus-rumus tertentu yang tidak difahami yang mengandungi angka dan huruf-huruf tidak bersambung @ nama-nama bintang pada kain @ kertas.

5) Dalam tempoh bacaan jampi, dia menganggkat suaranya apabila membaca ayat al-Quran dan kemudian membaca berkumat kamit sesuatu yang tidak jelas dan tidak dapat difahami maksudnya.
(Mungkin statement ni ditujukan kpd umum tp ada juga bacaan doa mentera yg digunakan oleh mereka dlm perubatan islam yg kita juga tk fahami maksudnya..ilmu Allah tu luas..)

6) Si bomoh memberi sesuatu sebagai tangkal yang dipakaikan kepada si pesakit. Ianya mengandungi rumus-rumus dan gambarajah empat segi, tiga segi dan sebagainya dengan nombor-nombor dan huruf-huruf tidak bersambung. Diletakkan pula syarat pada pemakaiannya.

7) Si bomoh memerintahkan pesakit agar menghindari manusia dalam tempoh-tempoh tertentu. Tidak bergaul dengan mereka serta menyorok dalam satu bilik yang gelap, dan tidak dibenarkan melihat matahari.

8 ) Terkadang si bomoh meminta supaya pesakit tidak menyentuh air selama tempoh tertentu. Kebiasaannya selama 40 hari. Kadangkala bomoh menyuruh supaya pesakit meletakkan lambang salib di tengkuknya. Ini menunjukkan bahawa jin yang membantunya beragama kristian.

9) Si bomoh memberikan sesuatu kepada pesakit untuk ditanam di bumi.(yg ini juga tak kurang salahnya sebab ada juga perkara yg perlu digunakan untuk tanam sesuatu tp bukan untuk kegunaan sihir ye..)

10) Si bomoh memberikan kepada pesakitnya kertas yang bertulis dengan sesuatu untuk dibakar dan diperasapkannya kepada pesakit.

11) Si bomoh bercakap dengan seseorang yang berada didalam majlis, tetapi tidak dapat dilihat. Si bomoh meminta izin dan pertolongan “orang itu” untuk mengubati pesakit. Si bomoh juga memberi keyakinan kepada jin (orang itu) bahawa pesakit tidak datang kepadanya kecuali dia telah yakin dan menyukainya.

12) Kadang-kadang si bomoh menulis sesuatu rumus @ gambarajah tertentu disertakan huruf-huruf yang tidak bersambung dan nombor-nombor tertentu yang kemudiannya direndamkan di dalam air, lalu diberi kepada pesakit sebagai minuman.  ( pernah juga lihat kaedah cara ayat2 Alquran yg ditulis menggunakan tinta zafaran yg dibenarkan untuk rawatan islam...tp itu tk menjadi isu)

13) Si bomoh tidak menerima pesakit pada bulan Ramadhan khususnya pada 21 Ramadhan hingga akhir Ramadhan. Demikian juga bomoh tidak menerima pesakit pada 10 awal bulan Zulhijjah.

14) Sesiapa yang sentiasa membaca zikir pagi dan petang @ yang dikenali sebagai ma’thurat, maka si bomoh tidak akan menerimanya sebagai tetamu @ tidak selesa dengan kehadirannya.

15) Meletakkan sebekas air yang biasanya dicampurkan dengan najis seperti air kencing, supaya jin mampu dilihat oleh si bomoh dan muncul kepada tukang sihir tersebut.

16) Kebiasaanya si bomoh menggunakan asap kemenyan dalam perubatannya. Asap kemenyan yang busuk itu bagi menyeru jin untuk membantunya. Ini berbeza dengan “bukhur” (asap kayu gaharu yang berbau wangi), ianya sangat tidak disukai oleh jin-jin.

17) Yang paling jelas lagi ialah si bomoh merupakan orang yang tidak menunaikan solat. Tidak istiqmah dalam melaksanakan tuntutan-tuntutan agama yang fardhu, apatah lagi yang sunat.

Terkadang, Allah mengurniakan sedikit firasat (ilham) kepada orang-orang yang soleh dan alim ulama sehingga mereka mengetahuinya sekalipun dengan hanya melihat wajah tukang sihir.

Ini kerana, tukang sihir @ bomoh itu telah dicabut cahaya keimanan daripada wajahnya dengan sebab kesyirikan-kesyirikan yang dilakukannya.

Semoga Allah melindungi kita dan ahli keluarga kita semua daripada kejahatan-kejahatan tukang sihir dan syaitan yang direjam. Wallahualam.

Bagaimana Mengenali Bomoh Yang Menggunakan khadam

Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ).

Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakonan yang dimainkan oleh Tok Bomoh ini.

Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka.

Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-
A ) Cara berpakaian semasa mereka berjampi.

Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-

Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.

Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya berwarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam.

Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap. Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya. (Kurang setuju kalau nak menilai dgn cara berpakaian ni... sbb ada juga yg berpakaian kemas cantik baik tp ttp sesat n fasik n kufur.. kdg2 kita jmpa org2 yg berpakaian spt peminta sedekah tp kita pun tkkan sangka yg dia adalah antara org2 yg dikasihi Allah taala.. para2 wali.. jadi statement ni TAK setuju sgt2. .)

B ) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.
Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemenyan. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.
Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal.
Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya ” Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? “


C) Tanpa Menurun / Menyelap.
Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada golongan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-
Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.

(Mmm tapi kalau difikir dari segi akal pula... doktor pun menggunakan alatan tools spt gunting pisau..scan machine..oksigen tank dll lg untuk merawat pesakit..takkan limau atau bhn2 herba pokok akar kayu dh menunjukkan org tu gunakan khadam.?? Itu hanya sebagai medium atau simbolik untuk perubatan..yg penting akidah dan iktikad kita tak lari dari syariat..Tak setuju statement ni..)

Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap.
Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.


D) Membelah Batin.
Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya.
Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya.
Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.
(Hal ni sgt subjektif sbb ada byk sgt pendapat..tp selagi tak mendatangkan kemudaratan dan tak mensyirikkan Allah taala.. mencari ubat dan penawar sesuatu penyakit tu harus kan bagi setiap manusia...)

Kesimpulannya ada gak artikel yg boleh kita terima pendapat dan sebolehnya janganlah terus menilai semua tu adalah betul...

Ilmu Allah itu luas..

Walau digunakan lautan sbg dakwat pun masih belum cukup untuk kita belajar ilmu dariNya.

Walaupun hidup seribu tahun pun tak sempat untuk kita mengetahui  betapa luas dan banyakNya ilmu itu..Subhanallah...

Baik cerita akan bersambung lagi untuk seterusnya. . 

Sila click disini utk bab 5



Friday 29 November 2013

DOA PEMBUKA REZEKI

Sharing is caring !

CERITA | TENTANG | SIHIR | Bab 3 |


Assalamualaikum wbr. .

Alhamdulillah syukur bertemu lagi kita pada kali ini..
Kita bersambung dari bab yg lalu..

Tapi sebelum tu anda dinasihatkan supaya membaca dari bab 1 & 2 
sila click disini supaya dpt memahami dgn jelas n tk keliru..

Baiklah..

Kali ini kita akan kongsi cerita ttg suku kaum dunia yg menggunakan ilmu sihir.

Sebenarnya banyak suku2 di dunia ni mahir dan arif tentang sihir.

Di antaranya seperti:

# Kaum Mesir kuno - mereka memuja dan menyembah Heka dan membuat ritual penyembahan bagi mendapatkan kekuasaan dan kekayaan.

# Kaum Greek kuno - menggunakan ritual dan mentera

# Suku Maori New Zealand

# Suku kaum di India

# Bangsa Haiti - lebih cendurung dan terkenal dgn ilmu sihir "vodoo".

Tetapi apa yg ada di bawah ini adalah sesuatu yg menarik untuk dikongsi bersama anda. 


Suku–suku di dunia yang memiliki sihir paling kuat


1. GYPSY
Kata Gypsy adalah berasal dari lepasan Mesir atau org Romani tetapi yg paling mudah untuk difahami adalah Gypsy sebagai pengembara, ras misterius, tersebar di seluruh Eropah dan sebahagian Asia, Afrika, dan Amerika. Sebenarnya suku Gypsy adalah orang yang tidak mempunyai rumah tetap, atau disebut nomad. Tetapi jika kita sengaja memalukan atau merendah2kan mereka (cthnyer dlm filem 'drag me to hell') , maka mereka pun tidak segan-segan mengeluarkan kata-kata berbau kematian kepada kita.

Sihir:
Mungkin Lamia merupakan sihir paling teruk yang digunakan orang Gypsy. Biasanya sihir ini digunakan untuk hukuman. Cara kerjanya adalah dengan mengambil sesuatu milik kita, samada baju, pen  dll, dan mengucapkan mantra kepada benda tersebut. (Seakan cam sumpah..curse)
Lamia va lua ...... ?i le .....ul s?u în cazul în c.....e nu .....rnare (bacaan mentera lanjut tk dpt ditulis disini sbb tk mahu disalah guna.. maaf).


2. INDIAN

Sekadar gambar hiasan shj


Suku Indian adalah suku, bangsa, atau kelompok lain atau komuniti masyarakat adat di Amerika. Beberapa suku Indian telah diiktiraf sbg suku bangsa di beberapa negeri di Amerika tp menggunakan prosedur yang ketat. Suku-suku lain tidak lagi dikenali sbb mereka sudah tidak dpt menyesuaikan diri dgn peraturan yg ditetapkan oleh kebanyakan negara.
Jadi kebanyakan dari bangsa ini selalu dipinggirkan.

Sihir:
Sihir terjahat masyarakat pedalaman Amerika ini adalah Na Munda. Ini berbeda dengan voodoo yang ada di Haiti. Biasanya suku Indian melakukan sihir ini dengan memanggil roh dengan menggunakan badan mereka dengan nyanyian atau mantra dan tarian-tarian khusus.
Mereka yg terkena sihir ini akan diundang kematian tanpa sebarang kesan dan bukti. Namun sekarang sihir cara ini telah byk digunakan untuk proses penyembuhkan dan rawatan.



3. BULGARIAN MYSTERY


Bulgarian Mystery merupakan kumpulan orang dari Bulgaria yang memiliki sihir tahap tinggi jarak jauh. Sihir ini digunakan untuk perebutan wilayah pada zaman pembahagian daerah di Eropah Timur.

Sihir:
Sihir paling mengerikan masyarakat Bulgaria adalah nyanyian. Malka Moma yang dinyanyikan dengan nada tinggi merupakan sihir yang unik dan berbeza dari suku lainnya. Tetapi, sekarang sihir ini sudah tidak ada lagi. Sekarang sudah dijadikan budaya masyarakat Bulgaria dalam menyanyi, kerana sihir ini boleh dikatakan sihir nyanyian yang indah.

4. KIKUYU

Kikuyu adalah nama dari sebuah suku di Afrika, merupakan pecahan dari Murci dan Dassanech. Kiyuku mencari tempat dengan cara berpindah-pindah dari kawasan Afrika sampai ke Ethiopia.


Sihir:
Sihir yang dimiliki adalah Kikuyu Dancer atau tarian Kikuyu. Masyarakat setempat sendiri belum mengetahui dengan jelas apa yang dimaksud dengan tarian tersebut. Ada yang memberitahu menurunkan hujan, santau, bahkan ada beberapa yang mengatakan orang-orang ini dapat mengubah gurun menjadi salji.

5. MAYAN

Mayan merupakan kumpulan orang-orang luar biasa yang berada di pedalaman hutan Mexico dan Guatemala. Merupakan suku yang paling moden pada zaman tersebut kerana mereka sudah mahir dalam kalender bintang, dan merupakan ahli matematik.



Sihir:
Jangan berfikir bahawa Maya hanya suku yang mempunyai kemampuan matematik saja, Toltec adalah nama adalah jolokan kepada ketua Maya, atau disebut orang bijak. 
Mereka memiliki kemampuan dapat memanggil hujan, kekuatan dalam perang, dan memunculkan matahari dengan melakukan persembahan berupa jantung manusia yang tidak lain berasal dari suku mereka atau musuh mereka. Suku inilah yang memerangi bangsa Indian.

6. MAASAI



Maasai merupakan suku yang berasal dari Kenya. Arrogant, Fearless, dan Free, merupakan julukan yang cocok bagi mereka. Selama 100 tahun, Maasai tidak mengambil berat terhadap peraturan, kedamaian dalam berperang, duit untuk hidup, dsb.

Sihir:
Maasai tidak berdasarkan kepada sihir dan guna-guna. Mereka cenderung berdoa dan memiliki dewa yang bernama Enkai. Tidak heran kenapa suku Maasai dinamakan “Warriors”. Konon dengan bantuan dari Enkai, mereka dapat berlari secepat singa dan juga menjadi kebal.

Jadi kesimpulannya sihir ini telah lama wujud dan penglibatan makhluk2 halus secara langsung terus digunakan oleh mereka yg fasik dan kufur sehinggalah hari ini.

Namun ada juga segelintir dari kita yg masih menolak dan mengganggap semua ni adalah tahyul atau imaginasi tentang kejadian sihir, jin,syaitan dan hal2 ghaib, sedangkan telah disebut berulang kali di dalam Al Quran... 

Wallahualam...

Namun ini semua hanya lah sebagai perkongsian info semata2.

Dan kita akan bersambung lagi untuk bab yg seterusnya. ...

Tunggu jangan tak tunggu ye!

Sila click disini utk bab 4.




PEMAHARAN , PENJUALAN AKAN BERMULA..


بسم الله الرحمن الرحيم
"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA 
PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"


Assalamualaikum wbr.

Blog ilhamterapi akan memulakan perniagaan 
insya Allah pada :

27 Muharam 1435
Bersamaan
1hb Disember 2013


Sebarang pertanyaan bole terus pm/kol/wassap / wechat di :

012-7490498

ilhamterapi@gmail.com


Mari kita membeli sambil beramal. 
Perniagaanku adalah Ibadahku.



Thursday 28 November 2013

SALAM JUMAAT SEMUA DAN HAL2 YG SUNAT PADA HARI INI




بسم الله الرحمن الرحيم
"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA 
PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"

Perkongsian Bersama Untuk Anda dan Diri kami sendiri:

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3:31)

ANTARA PERKARA2 YG SUNAT DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT

✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw
✔ Membaca Surah Al-Kahfi
✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat
✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
✔ Memperbanyakkan amalan bersedeqah
✔ Memperbanyakkan amalan sunat
✔ Memotong kuku kaki dan tangan
✔ Memperbanyakkan zikrullah
✔ Memakai pakaian sunnah
✔ Memakai wangi-wangian
✔ Hadir awal ke masjid





Rasulullah bersabda yang maksudnya :
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Jangan lupa ke masjid hari ni...





CERITA | TENTANG | SIHIR | Bab 2 |



بسم الله الرحمن الرحيم
"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA 
PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"
Assalamualaikum wbr..
Bismillahi tawakaltu a'la llah..


Baiklah kita bersambung lagi dari bab 1 
sila click disini cerita tentang sihir..

Anda dinasihatkan supaya membaca dari bab 1 supaya tidak keliru...

Part skip2 artikel ni mmg dh jd lumrah tp rasanya baik beritau dulu sebelum ada yg konpius...

Jadi...

Kali ini mari berkongsi tentang jenis2 sihir yg biasa kita dengar dlm masyarakat terutama kaum melayu...



SIHIR DALAM MASYARAKAT NUSANTARA KHUSUSNYA MELAYU

1. Terdapat beberapa jenis ilmu2 yang diamalkan masyarakat Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian contohnya seperti berikut:

#Melindung diri atau pendinding
#Kebal
#Perubatan
#Mendapatkan kelebihan kesaktian
#Pengasih
#Gagah
#Perangsang
#Penderas
#Pukau
#Mengawal/Memusnahkan musuh
#Penunduk
#Tuju2
#Pelalau
#Meramal masa hadapan (ahli nujum/tilik)
#Halimunan
#Santau
#Busung

Kalau diikutkan nak menghuraikan satu persatu jenis ni memang tak cukup satu malam.. 

Tapi anda semua golongan bijak pandai boleh mencari sendiri setiap jenis yg disebutkan tadi..

2. Sihir yang diamalkan boleh dikelaskan menurut beberapa kelompok seperti berikut:-

Sekadar gambar hiasan shj....

*Saka – Menggunakan jin/syaitan – kadam, toyol, datuk, suruhan, roh orang mati, hantu dll.
*Azimat - Menggunakan mentera,jampi, serapah pada ayat-ayat tertentu.
*Ada juga yg menggunakan khidmat iblis yakni yg memuja kaum2 makhluk ini untuk sihir yg lebih kuat dan ganas.

3. Mereka yang merawat sihir biasanya melalui beberapa kaedah seperti :-
- Menggunakan ayat-ayat suci Al quran.
- Menggunakan kuasa dalaman atau tenaga batin.
- Menggunakan bantuan makhluk halus lain.

4. Pengamal perubatan Melayu yang merawat mangsa sihir boleh digolongkan kepada beberapa gelaran seperti Pawang, Dukun, Bomoh dan orang2 arif ttg agama spt ustaz, sheikh, habib dsb.



5. Pada zaman kini ramai yg memilih untuk berubat dan merawat sihir melalui perubatan islam atau syifa' serta terapi ruqyah.Kebanyakan dari mereka berpendapat lebih selesa dan yakin dengan cara pengubatan islam yg lebih efektif.

Ok cukup setakat ini untuk bab 2...

InsyaAllah selepas ini kita akan sambung dengan cerita2 yg lebih menarik..

Biasalah mmg dh maklum kalau cite permulaan awal2 bab ada boring sket tp lama kelamaan akan jadi menarik dan sensasi...

Jadi nantikan untuk bab 3 akan datang..

Stay tune...

Sila click disini utk bab 3.

Tuesday 26 November 2013

CERITA | TENTANG | SIHIR | Bab 1 |



بسم الله الرحمن الرحيم
"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA 
PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"
Assalamualaikum wbr ..
Perkongsian bersama..


Alhamdulillah syukur ke hadrat lagi dapat jua kali ini meneruskan perjuangan yg ada setelah hampir 6 bln berdiam diri..

Alhamdulillah kami berjaya juga membuka blog yg ke 3 setelah blog2 yg sebelum ni di hack oleh org2 tertentu yg penuh tamak dan hasad dengki...

Tapi mengalah bukan bererti kalah.. pergi bukannya lari..

Insya Allah kami akan teruskan usaha demi ibadah di jalan fisabilillah...

Mudah2an usaha dan ikhtiar kami dipermudahkan dan dirahmati Allah taala...


Sebagai pembuka bicara.. kami ingin berkongsi sedikit info dan maklumat ttg topik yg makin jadi perhatian iaitu SIHIR.


..Sekadar gambar hiasan shj..

APA ITU SIHIR

1. Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam utk tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.

2. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.

3. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap dan menyekutu selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS  seperti bangsa Qibti dan Kaldani.


KISAH SIHIR DARI AL QURAN


Antara kisah2 sihir dari dalam Al Quran seperti :

1. Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk menentang tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diturunkan di Babil sebagaimana ditemui beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud bebeapa abad sebelum masehi.

2. Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, ayat 63-69.

3. Rujukan mengenai sihir amat juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Rasulullah saw disihir oleh seorang Yahudi Arab.

4. Kisah mengenai takhta Ratu Balqis semasa zaman Nabi Sulaiman yang dapat dipindahkan sekelip mata oleh seorang manusia seperti yang diceritakan dalam Surah An-Naml, ayat 38-42.


SIHIR DALAM ISLAM

1. Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah.

2. Di dalam aliran Sufi bagaimanapun terdapat konsep “barakah” yang merujuk kepada “rahmat” atau “kuasa Tuhan” yang diberikan kepada orang alim.

3. Juga masih terdapat orang Islam yang menggunakan jin bagi tujuan yang baik seperti dalam perubatan dengan bantuan dari ayat Quran dan doa.

To be continued.....

Baiklah....
Kita akan kongsi lagi info untuk bhgn seterusnya...

Insya Allah selepas ni kita akan kenali jenis2 sihir yg biasa kita dgr dlm masyarakat kita khususnya...

Tunggu ye...

Sila click disini utk bab 2



SEKADAR BERKONGSI...

Untuk perkongsian semua.
Mudah2an dapat dimanafaatkan.

URUTAN TERAPI TRADISIONAL



#Khas untuk kaum hawa di sekitar Johor Bahru dan Singapura sahaja#



Anda stress ???? penat dengan kerja seharian??? terganggu emosi ???



Ini ada berita baik untuk anda............

Jom rehatkan minda dan fizikal dengan urutan terapi tradisional berkonsep muslimah.

Urutan terapi moden dan tradisional ini hanya untuk kaum hawa sahaja.

Perkhidmatan terus ke rumah anda.(house call)

Tak perlu bersusah payah untuk keluar mencari tempat mengurut LAGI....




PAKEJ-PAKEJ URUTAN YANG DISEDIAKAN

#Urutan tradisional seluruh badan untuk kesegaran

# Aromaterapi aura (pemulihan aura)

#Urutan Sebelum & Selepas bersalin (pre / post natal)

#Urutan kaki , lengan atau bahu

# Urutan reflexology 



SILA HUBUNGI PM / MSG :

012-7490498

atau

sila 'like' FB kami

Urutan Terapi Tradisi Malay Massage Therapy

MESTI DIBACA SEBELUM BUAT PEMBELIAN







DISCLAIMER: Usaha dalam segala untuk mendapat sebuah hasil itu wajib. Ikhtiar merupakan cara bebas untuk mencari jalan yang terbaik. Tetapi hasil dari usaha itu sendiri merupakan sebuah keputusan Allah secara mutlak. Hal ini penting kerana pertama, segala bentuk ikhtiar harus diniatkan semata kerana menjalankan syariat. Kedua, hasil dari segala bentuk upaya mesti diserahkan hanya kepada Allah. Allah pasti memberikan yang layak bagi usaha hamba-Nya.Kewajipan ikhtiar dan kepasrahan hati kepada Allah merupakan titik keseimbangan antara kemampuan dan keterbatasan manusia supaya tidak lari dari iktikad dan akidah serta mengikut aliran sunnah.

SYARAT-SYARAT PEMBELIAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamulaikum wbr..

kepada semua pembeli blog ilham terapi yang budiman,

Berikut adalah sedikit info tentang syarat pembelian di blog ini.

Anda perlu baca dan fahami sebelum membuat sebarang transaksi.


SILA FAHAMI TERLEBIH DAHULU PROSEDUR SEBELUM MEMBUAT PEMBELIAN. 

#KAMI AKAN BERURUSAN DENGAN SERIUS BUYER SHJ. 


#-Untuk tempahan produk, sila confirmkan terlebih dahulu jenis produk untuk pengesahan status sama ada masih ada atau sudah habis...


#Anda boleh bertanya melalui:

a) blog ini (KOMEN ATAU PM)

b) kol / sms / wassap / wechat  



012-7490498  

c) emel ilhamterapi@gmail.com

-#Sekiranya produk masih ada, anda boleh membuat pembayaran dan proses penghantaran akan dilakukan setelah menerima bayaran PENUH.


#Perkara ini penting kerana kami mahu menitiberatkan hubungan mesra dengan pelanggan dan tidak mahu pelanggan meng"order" barang yang tiada dalam stok. 


#Pihak kami akan memberi tracking code untuk anda melalui msg.


#Buat masa ini kami hanya menggunakan perkhidmatan melalui Pos Laju. Untuk penghantaran ke luar Malaysia , ia akan mengambil masa lebih lama bergantung kepada negara serta tempat.



#Di harap anda dapat bersabar seketika sementara menanti penghantaran barang.



#Kos penghantaran produk adalah bergantung kepada kuantiti dan kawasan penghantaran.

       
#Setelah order anda mendapat comfirmation dari kami, anda perlu membuat pembayaran online atau cash deposit ke dalam akaun MAYBANK/CIMB kami.Butiran mengenai akaun bank akan diberitahu kemudian.



--------------------------------------------------------------------------------------------

ADALAH MENJADI KEWAJIPAN ANDAINYA PIHAK ANDA DAPAT...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

MENGHANTAR BUKTI BAYARAN (MMS/SCAN/PRINTSCREEN) MELALUI EMAIL, WASSAP, MMS ATAU FB SETELAH BAYARAN DI BUAT. 


SETERUSNYA KAMI AKAN MEMERIKSA TERLEBIH DAHULU STATUS PEMBAYARAN ANDA. 



TANPA BUKTI BAYARAN ORDER ANDA TIDAK AKAN DIPROSES.


Semoga anda selesa dan berpuas hati membeli sambil beramal di sini.. :)




KAMI JUGA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA BARANG YG DIKIRIM ROSAK @ PECAH SEMASA DALAM TANGAN PIHAK POS KERANA SEBELUM MENGHANTAR BARANG KAMI AKAN MEMERIKSA DAHULU BARANG SUPAYA BERADA DALAM KEADAAN BAIK SEBELUM POS KEPADA PIHAK PENGGUNA. 



TERIMA KASIH.