SELAMAT DATANG

Friday 29 November 2013

CERITA | TENTANG | SIHIR | Bab 3 |


Assalamualaikum wbr. .

Alhamdulillah syukur bertemu lagi kita pada kali ini..
Kita bersambung dari bab yg lalu..

Tapi sebelum tu anda dinasihatkan supaya membaca dari bab 1 & 2 
sila click disini supaya dpt memahami dgn jelas n tk keliru..

Baiklah..

Kali ini kita akan kongsi cerita ttg suku kaum dunia yg menggunakan ilmu sihir.

Sebenarnya banyak suku2 di dunia ni mahir dan arif tentang sihir.

Di antaranya seperti:

# Kaum Mesir kuno - mereka memuja dan menyembah Heka dan membuat ritual penyembahan bagi mendapatkan kekuasaan dan kekayaan.

# Kaum Greek kuno - menggunakan ritual dan mentera

# Suku Maori New Zealand

# Suku kaum di India

# Bangsa Haiti - lebih cendurung dan terkenal dgn ilmu sihir "vodoo".

Tetapi apa yg ada di bawah ini adalah sesuatu yg menarik untuk dikongsi bersama anda. 


Suku–suku di dunia yang memiliki sihir paling kuat


1. GYPSY
Kata Gypsy adalah berasal dari lepasan Mesir atau org Romani tetapi yg paling mudah untuk difahami adalah Gypsy sebagai pengembara, ras misterius, tersebar di seluruh Eropah dan sebahagian Asia, Afrika, dan Amerika. Sebenarnya suku Gypsy adalah orang yang tidak mempunyai rumah tetap, atau disebut nomad. Tetapi jika kita sengaja memalukan atau merendah2kan mereka (cthnyer dlm filem 'drag me to hell') , maka mereka pun tidak segan-segan mengeluarkan kata-kata berbau kematian kepada kita.

Sihir:
Mungkin Lamia merupakan sihir paling teruk yang digunakan orang Gypsy. Biasanya sihir ini digunakan untuk hukuman. Cara kerjanya adalah dengan mengambil sesuatu milik kita, samada baju, pen  dll, dan mengucapkan mantra kepada benda tersebut. (Seakan cam sumpah..curse)
Lamia va lua ...... ?i le .....ul s?u în cazul în c.....e nu .....rnare (bacaan mentera lanjut tk dpt ditulis disini sbb tk mahu disalah guna.. maaf).


2. INDIAN

Sekadar gambar hiasan shj


Suku Indian adalah suku, bangsa, atau kelompok lain atau komuniti masyarakat adat di Amerika. Beberapa suku Indian telah diiktiraf sbg suku bangsa di beberapa negeri di Amerika tp menggunakan prosedur yang ketat. Suku-suku lain tidak lagi dikenali sbb mereka sudah tidak dpt menyesuaikan diri dgn peraturan yg ditetapkan oleh kebanyakan negara.
Jadi kebanyakan dari bangsa ini selalu dipinggirkan.

Sihir:
Sihir terjahat masyarakat pedalaman Amerika ini adalah Na Munda. Ini berbeda dengan voodoo yang ada di Haiti. Biasanya suku Indian melakukan sihir ini dengan memanggil roh dengan menggunakan badan mereka dengan nyanyian atau mantra dan tarian-tarian khusus.
Mereka yg terkena sihir ini akan diundang kematian tanpa sebarang kesan dan bukti. Namun sekarang sihir cara ini telah byk digunakan untuk proses penyembuhkan dan rawatan.



3. BULGARIAN MYSTERY


Bulgarian Mystery merupakan kumpulan orang dari Bulgaria yang memiliki sihir tahap tinggi jarak jauh. Sihir ini digunakan untuk perebutan wilayah pada zaman pembahagian daerah di Eropah Timur.

Sihir:
Sihir paling mengerikan masyarakat Bulgaria adalah nyanyian. Malka Moma yang dinyanyikan dengan nada tinggi merupakan sihir yang unik dan berbeza dari suku lainnya. Tetapi, sekarang sihir ini sudah tidak ada lagi. Sekarang sudah dijadikan budaya masyarakat Bulgaria dalam menyanyi, kerana sihir ini boleh dikatakan sihir nyanyian yang indah.

4. KIKUYU

Kikuyu adalah nama dari sebuah suku di Afrika, merupakan pecahan dari Murci dan Dassanech. Kiyuku mencari tempat dengan cara berpindah-pindah dari kawasan Afrika sampai ke Ethiopia.


Sihir:
Sihir yang dimiliki adalah Kikuyu Dancer atau tarian Kikuyu. Masyarakat setempat sendiri belum mengetahui dengan jelas apa yang dimaksud dengan tarian tersebut. Ada yang memberitahu menurunkan hujan, santau, bahkan ada beberapa yang mengatakan orang-orang ini dapat mengubah gurun menjadi salji.

5. MAYAN

Mayan merupakan kumpulan orang-orang luar biasa yang berada di pedalaman hutan Mexico dan Guatemala. Merupakan suku yang paling moden pada zaman tersebut kerana mereka sudah mahir dalam kalender bintang, dan merupakan ahli matematik.



Sihir:
Jangan berfikir bahawa Maya hanya suku yang mempunyai kemampuan matematik saja, Toltec adalah nama adalah jolokan kepada ketua Maya, atau disebut orang bijak. 
Mereka memiliki kemampuan dapat memanggil hujan, kekuatan dalam perang, dan memunculkan matahari dengan melakukan persembahan berupa jantung manusia yang tidak lain berasal dari suku mereka atau musuh mereka. Suku inilah yang memerangi bangsa Indian.

6. MAASAI



Maasai merupakan suku yang berasal dari Kenya. Arrogant, Fearless, dan Free, merupakan julukan yang cocok bagi mereka. Selama 100 tahun, Maasai tidak mengambil berat terhadap peraturan, kedamaian dalam berperang, duit untuk hidup, dsb.

Sihir:
Maasai tidak berdasarkan kepada sihir dan guna-guna. Mereka cenderung berdoa dan memiliki dewa yang bernama Enkai. Tidak heran kenapa suku Maasai dinamakan “Warriors”. Konon dengan bantuan dari Enkai, mereka dapat berlari secepat singa dan juga menjadi kebal.

Jadi kesimpulannya sihir ini telah lama wujud dan penglibatan makhluk2 halus secara langsung terus digunakan oleh mereka yg fasik dan kufur sehinggalah hari ini.

Namun ada juga segelintir dari kita yg masih menolak dan mengganggap semua ni adalah tahyul atau imaginasi tentang kejadian sihir, jin,syaitan dan hal2 ghaib, sedangkan telah disebut berulang kali di dalam Al Quran... 

Wallahualam...

Namun ini semua hanya lah sebagai perkongsian info semata2.

Dan kita akan bersambung lagi untuk bab yg seterusnya. ...

Tunggu jangan tak tunggu ye!

Sila click disini utk bab 4.




No comments:

Post a Comment