SELAMAT DATANG

Friday 29 November 2013

DOA PEMBUKA REZEKI

Sharing is caring !

CERITA | TENTANG | SIHIR | Bab 3 |


Assalamualaikum wbr. .

Alhamdulillah syukur bertemu lagi kita pada kali ini..
Kita bersambung dari bab yg lalu..

Tapi sebelum tu anda dinasihatkan supaya membaca dari bab 1 & 2 
sila click disini supaya dpt memahami dgn jelas n tk keliru..

Baiklah..

Kali ini kita akan kongsi cerita ttg suku kaum dunia yg menggunakan ilmu sihir.

Sebenarnya banyak suku2 di dunia ni mahir dan arif tentang sihir.

Di antaranya seperti:

# Kaum Mesir kuno - mereka memuja dan menyembah Heka dan membuat ritual penyembahan bagi mendapatkan kekuasaan dan kekayaan.

# Kaum Greek kuno - menggunakan ritual dan mentera

# Suku Maori New Zealand

# Suku kaum di India

# Bangsa Haiti - lebih cendurung dan terkenal dgn ilmu sihir "vodoo".

Tetapi apa yg ada di bawah ini adalah sesuatu yg menarik untuk dikongsi bersama anda. 


Suku–suku di dunia yang memiliki sihir paling kuat


1. GYPSY
Kata Gypsy adalah berasal dari lepasan Mesir atau org Romani tetapi yg paling mudah untuk difahami adalah Gypsy sebagai pengembara, ras misterius, tersebar di seluruh Eropah dan sebahagian Asia, Afrika, dan Amerika. Sebenarnya suku Gypsy adalah orang yang tidak mempunyai rumah tetap, atau disebut nomad. Tetapi jika kita sengaja memalukan atau merendah2kan mereka (cthnyer dlm filem 'drag me to hell') , maka mereka pun tidak segan-segan mengeluarkan kata-kata berbau kematian kepada kita.

Sihir:
Mungkin Lamia merupakan sihir paling teruk yang digunakan orang Gypsy. Biasanya sihir ini digunakan untuk hukuman. Cara kerjanya adalah dengan mengambil sesuatu milik kita, samada baju, pen  dll, dan mengucapkan mantra kepada benda tersebut. (Seakan cam sumpah..curse)
Lamia va lua ...... ?i le .....ul s?u în cazul în c.....e nu .....rnare (bacaan mentera lanjut tk dpt ditulis disini sbb tk mahu disalah guna.. maaf).


2. INDIAN

Sekadar gambar hiasan shj


Suku Indian adalah suku, bangsa, atau kelompok lain atau komuniti masyarakat adat di Amerika. Beberapa suku Indian telah diiktiraf sbg suku bangsa di beberapa negeri di Amerika tp menggunakan prosedur yang ketat. Suku-suku lain tidak lagi dikenali sbb mereka sudah tidak dpt menyesuaikan diri dgn peraturan yg ditetapkan oleh kebanyakan negara.
Jadi kebanyakan dari bangsa ini selalu dipinggirkan.

Sihir:
Sihir terjahat masyarakat pedalaman Amerika ini adalah Na Munda. Ini berbeda dengan voodoo yang ada di Haiti. Biasanya suku Indian melakukan sihir ini dengan memanggil roh dengan menggunakan badan mereka dengan nyanyian atau mantra dan tarian-tarian khusus.
Mereka yg terkena sihir ini akan diundang kematian tanpa sebarang kesan dan bukti. Namun sekarang sihir cara ini telah byk digunakan untuk proses penyembuhkan dan rawatan.



3. BULGARIAN MYSTERY


Bulgarian Mystery merupakan kumpulan orang dari Bulgaria yang memiliki sihir tahap tinggi jarak jauh. Sihir ini digunakan untuk perebutan wilayah pada zaman pembahagian daerah di Eropah Timur.

Sihir:
Sihir paling mengerikan masyarakat Bulgaria adalah nyanyian. Malka Moma yang dinyanyikan dengan nada tinggi merupakan sihir yang unik dan berbeza dari suku lainnya. Tetapi, sekarang sihir ini sudah tidak ada lagi. Sekarang sudah dijadikan budaya masyarakat Bulgaria dalam menyanyi, kerana sihir ini boleh dikatakan sihir nyanyian yang indah.

4. KIKUYU

Kikuyu adalah nama dari sebuah suku di Afrika, merupakan pecahan dari Murci dan Dassanech. Kiyuku mencari tempat dengan cara berpindah-pindah dari kawasan Afrika sampai ke Ethiopia.


Sihir:
Sihir yang dimiliki adalah Kikuyu Dancer atau tarian Kikuyu. Masyarakat setempat sendiri belum mengetahui dengan jelas apa yang dimaksud dengan tarian tersebut. Ada yang memberitahu menurunkan hujan, santau, bahkan ada beberapa yang mengatakan orang-orang ini dapat mengubah gurun menjadi salji.

5. MAYAN

Mayan merupakan kumpulan orang-orang luar biasa yang berada di pedalaman hutan Mexico dan Guatemala. Merupakan suku yang paling moden pada zaman tersebut kerana mereka sudah mahir dalam kalender bintang, dan merupakan ahli matematik.



Sihir:
Jangan berfikir bahawa Maya hanya suku yang mempunyai kemampuan matematik saja, Toltec adalah nama adalah jolokan kepada ketua Maya, atau disebut orang bijak. 
Mereka memiliki kemampuan dapat memanggil hujan, kekuatan dalam perang, dan memunculkan matahari dengan melakukan persembahan berupa jantung manusia yang tidak lain berasal dari suku mereka atau musuh mereka. Suku inilah yang memerangi bangsa Indian.

6. MAASAI



Maasai merupakan suku yang berasal dari Kenya. Arrogant, Fearless, dan Free, merupakan julukan yang cocok bagi mereka. Selama 100 tahun, Maasai tidak mengambil berat terhadap peraturan, kedamaian dalam berperang, duit untuk hidup, dsb.

Sihir:
Maasai tidak berdasarkan kepada sihir dan guna-guna. Mereka cenderung berdoa dan memiliki dewa yang bernama Enkai. Tidak heran kenapa suku Maasai dinamakan “Warriors”. Konon dengan bantuan dari Enkai, mereka dapat berlari secepat singa dan juga menjadi kebal.

Jadi kesimpulannya sihir ini telah lama wujud dan penglibatan makhluk2 halus secara langsung terus digunakan oleh mereka yg fasik dan kufur sehinggalah hari ini.

Namun ada juga segelintir dari kita yg masih menolak dan mengganggap semua ni adalah tahyul atau imaginasi tentang kejadian sihir, jin,syaitan dan hal2 ghaib, sedangkan telah disebut berulang kali di dalam Al Quran... 

Wallahualam...

Namun ini semua hanya lah sebagai perkongsian info semata2.

Dan kita akan bersambung lagi untuk bab yg seterusnya. ...

Tunggu jangan tak tunggu ye!

Sila click disini utk bab 4.




PEMAHARAN , PENJUALAN AKAN BERMULA..


بسم الله الرحمن الرحيم
"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA 
PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"


Assalamualaikum wbr.

Blog ilhamterapi akan memulakan perniagaan 
insya Allah pada :

27 Muharam 1435
Bersamaan
1hb Disember 2013


Sebarang pertanyaan bole terus pm/kol/wassap / wechat di :

012-7490498

ilhamterapi@gmail.com


Mari kita membeli sambil beramal. 
Perniagaanku adalah Ibadahku.



Thursday 28 November 2013

SALAM JUMAAT SEMUA DAN HAL2 YG SUNAT PADA HARI INI




بسم الله الرحمن الرحيم
"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA 
PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"

Perkongsian Bersama Untuk Anda dan Diri kami sendiri:

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3:31)

ANTARA PERKARA2 YG SUNAT DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT

✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw
✔ Membaca Surah Al-Kahfi
✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat
✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
✔ Memperbanyakkan amalan bersedeqah
✔ Memperbanyakkan amalan sunat
✔ Memotong kuku kaki dan tangan
✔ Memperbanyakkan zikrullah
✔ Memakai pakaian sunnah
✔ Memakai wangi-wangian
✔ Hadir awal ke masjid





Rasulullah bersabda yang maksudnya :
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Jangan lupa ke masjid hari ni...





CERITA | TENTANG | SIHIR | Bab 2 |



بسم الله الرحمن الرحيم
"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA 
PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"
Assalamualaikum wbr..
Bismillahi tawakaltu a'la llah..


Baiklah kita bersambung lagi dari bab 1 
sila click disini cerita tentang sihir..

Anda dinasihatkan supaya membaca dari bab 1 supaya tidak keliru...

Part skip2 artikel ni mmg dh jd lumrah tp rasanya baik beritau dulu sebelum ada yg konpius...

Jadi...

Kali ini mari berkongsi tentang jenis2 sihir yg biasa kita dengar dlm masyarakat terutama kaum melayu...



SIHIR DALAM MASYARAKAT NUSANTARA KHUSUSNYA MELAYU

1. Terdapat beberapa jenis ilmu2 yang diamalkan masyarakat Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian contohnya seperti berikut:

#Melindung diri atau pendinding
#Kebal
#Perubatan
#Mendapatkan kelebihan kesaktian
#Pengasih
#Gagah
#Perangsang
#Penderas
#Pukau
#Mengawal/Memusnahkan musuh
#Penunduk
#Tuju2
#Pelalau
#Meramal masa hadapan (ahli nujum/tilik)
#Halimunan
#Santau
#Busung

Kalau diikutkan nak menghuraikan satu persatu jenis ni memang tak cukup satu malam.. 

Tapi anda semua golongan bijak pandai boleh mencari sendiri setiap jenis yg disebutkan tadi..

2. Sihir yang diamalkan boleh dikelaskan menurut beberapa kelompok seperti berikut:-

Sekadar gambar hiasan shj....

*Saka – Menggunakan jin/syaitan – kadam, toyol, datuk, suruhan, roh orang mati, hantu dll.
*Azimat - Menggunakan mentera,jampi, serapah pada ayat-ayat tertentu.
*Ada juga yg menggunakan khidmat iblis yakni yg memuja kaum2 makhluk ini untuk sihir yg lebih kuat dan ganas.

3. Mereka yang merawat sihir biasanya melalui beberapa kaedah seperti :-
- Menggunakan ayat-ayat suci Al quran.
- Menggunakan kuasa dalaman atau tenaga batin.
- Menggunakan bantuan makhluk halus lain.

4. Pengamal perubatan Melayu yang merawat mangsa sihir boleh digolongkan kepada beberapa gelaran seperti Pawang, Dukun, Bomoh dan orang2 arif ttg agama spt ustaz, sheikh, habib dsb.



5. Pada zaman kini ramai yg memilih untuk berubat dan merawat sihir melalui perubatan islam atau syifa' serta terapi ruqyah.Kebanyakan dari mereka berpendapat lebih selesa dan yakin dengan cara pengubatan islam yg lebih efektif.

Ok cukup setakat ini untuk bab 2...

InsyaAllah selepas ini kita akan sambung dengan cerita2 yg lebih menarik..

Biasalah mmg dh maklum kalau cite permulaan awal2 bab ada boring sket tp lama kelamaan akan jadi menarik dan sensasi...

Jadi nantikan untuk bab 3 akan datang..

Stay tune...

Sila click disini utk bab 3.

Tuesday 26 November 2013

CERITA | TENTANG | SIHIR | Bab 1 |



بسم الله الرحمن الرحيم
"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA 
PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"
Assalamualaikum wbr ..
Perkongsian bersama..


Alhamdulillah syukur ke hadrat lagi dapat jua kali ini meneruskan perjuangan yg ada setelah hampir 6 bln berdiam diri..

Alhamdulillah kami berjaya juga membuka blog yg ke 3 setelah blog2 yg sebelum ni di hack oleh org2 tertentu yg penuh tamak dan hasad dengki...

Tapi mengalah bukan bererti kalah.. pergi bukannya lari..

Insya Allah kami akan teruskan usaha demi ibadah di jalan fisabilillah...

Mudah2an usaha dan ikhtiar kami dipermudahkan dan dirahmati Allah taala...


Sebagai pembuka bicara.. kami ingin berkongsi sedikit info dan maklumat ttg topik yg makin jadi perhatian iaitu SIHIR.


..Sekadar gambar hiasan shj..

APA ITU SIHIR

1. Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam utk tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.

2. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.

3. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap dan menyekutu selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS  seperti bangsa Qibti dan Kaldani.


KISAH SIHIR DARI AL QURAN


Antara kisah2 sihir dari dalam Al Quran seperti :

1. Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk menentang tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diturunkan di Babil sebagaimana ditemui beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud bebeapa abad sebelum masehi.

2. Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, ayat 63-69.

3. Rujukan mengenai sihir amat juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Rasulullah saw disihir oleh seorang Yahudi Arab.

4. Kisah mengenai takhta Ratu Balqis semasa zaman Nabi Sulaiman yang dapat dipindahkan sekelip mata oleh seorang manusia seperti yang diceritakan dalam Surah An-Naml, ayat 38-42.


SIHIR DALAM ISLAM

1. Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah.

2. Di dalam aliran Sufi bagaimanapun terdapat konsep “barakah” yang merujuk kepada “rahmat” atau “kuasa Tuhan” yang diberikan kepada orang alim.

3. Juga masih terdapat orang Islam yang menggunakan jin bagi tujuan yang baik seperti dalam perubatan dengan bantuan dari ayat Quran dan doa.

To be continued.....

Baiklah....
Kita akan kongsi lagi info untuk bhgn seterusnya...

Insya Allah selepas ni kita akan kenali jenis2 sihir yg biasa kita dgr dlm masyarakat kita khususnya...

Tunggu ye...

Sila click disini utk bab 2



SEKADAR BERKONGSI...

Untuk perkongsian semua.
Mudah2an dapat dimanafaatkan.

URUTAN TERAPI TRADISIONAL



#Khas untuk kaum hawa di sekitar Johor Bahru dan Singapura sahaja#



Anda stress ???? penat dengan kerja seharian??? terganggu emosi ???



Ini ada berita baik untuk anda............

Jom rehatkan minda dan fizikal dengan urutan terapi tradisional berkonsep muslimah.

Urutan terapi moden dan tradisional ini hanya untuk kaum hawa sahaja.

Perkhidmatan terus ke rumah anda.(house call)

Tak perlu bersusah payah untuk keluar mencari tempat mengurut LAGI....




PAKEJ-PAKEJ URUTAN YANG DISEDIAKAN

#Urutan tradisional seluruh badan untuk kesegaran

# Aromaterapi aura (pemulihan aura)

#Urutan Sebelum & Selepas bersalin (pre / post natal)

#Urutan kaki , lengan atau bahu

# Urutan reflexology 



SILA HUBUNGI PM / MSG :

012-7490498

atau

sila 'like' FB kami

Urutan Terapi Tradisi Malay Massage Therapy

MESTI DIBACA SEBELUM BUAT PEMBELIAN







DISCLAIMER: Usaha dalam segala untuk mendapat sebuah hasil itu wajib. Ikhtiar merupakan cara bebas untuk mencari jalan yang terbaik. Tetapi hasil dari usaha itu sendiri merupakan sebuah keputusan Allah secara mutlak. Hal ini penting kerana pertama, segala bentuk ikhtiar harus diniatkan semata kerana menjalankan syariat. Kedua, hasil dari segala bentuk upaya mesti diserahkan hanya kepada Allah. Allah pasti memberikan yang layak bagi usaha hamba-Nya.Kewajipan ikhtiar dan kepasrahan hati kepada Allah merupakan titik keseimbangan antara kemampuan dan keterbatasan manusia supaya tidak lari dari iktikad dan akidah serta mengikut aliran sunnah.

SYARAT-SYARAT PEMBELIAN
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamulaikum wbr..

kepada semua pembeli blog ilham terapi yang budiman,

Berikut adalah sedikit info tentang syarat pembelian di blog ini.

Anda perlu baca dan fahami sebelum membuat sebarang transaksi.


SILA FAHAMI TERLEBIH DAHULU PROSEDUR SEBELUM MEMBUAT PEMBELIAN. 

#KAMI AKAN BERURUSAN DENGAN SERIUS BUYER SHJ. 


#-Untuk tempahan produk, sila confirmkan terlebih dahulu jenis produk untuk pengesahan status sama ada masih ada atau sudah habis...


#Anda boleh bertanya melalui:

a) blog ini (KOMEN ATAU PM)

b) kol / sms / wassap / wechat  



012-7490498  

c) emel ilhamterapi@gmail.com

-#Sekiranya produk masih ada, anda boleh membuat pembayaran dan proses penghantaran akan dilakukan setelah menerima bayaran PENUH.


#Perkara ini penting kerana kami mahu menitiberatkan hubungan mesra dengan pelanggan dan tidak mahu pelanggan meng"order" barang yang tiada dalam stok. 


#Pihak kami akan memberi tracking code untuk anda melalui msg.


#Buat masa ini kami hanya menggunakan perkhidmatan melalui Pos Laju. Untuk penghantaran ke luar Malaysia , ia akan mengambil masa lebih lama bergantung kepada negara serta tempat.



#Di harap anda dapat bersabar seketika sementara menanti penghantaran barang.



#Kos penghantaran produk adalah bergantung kepada kuantiti dan kawasan penghantaran.

       
#Setelah order anda mendapat comfirmation dari kami, anda perlu membuat pembayaran online atau cash deposit ke dalam akaun MAYBANK/CIMB kami.Butiran mengenai akaun bank akan diberitahu kemudian.



--------------------------------------------------------------------------------------------

ADALAH MENJADI KEWAJIPAN ANDAINYA PIHAK ANDA DAPAT...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

MENGHANTAR BUKTI BAYARAN (MMS/SCAN/PRINTSCREEN) MELALUI EMAIL, WASSAP, MMS ATAU FB SETELAH BAYARAN DI BUAT. 


SETERUSNYA KAMI AKAN MEMERIKSA TERLEBIH DAHULU STATUS PEMBAYARAN ANDA. 



TANPA BUKTI BAYARAN ORDER ANDA TIDAK AKAN DIPROSES.


Semoga anda selesa dan berpuas hati membeli sambil beramal di sini.. :)




KAMI JUGA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA BARANG YG DIKIRIM ROSAK @ PECAH SEMASA DALAM TANGAN PIHAK POS KERANA SEBELUM MENGHANTAR BARANG KAMI AKAN MEMERIKSA DAHULU BARANG SUPAYA BERADA DALAM KEADAAN BAIK SEBELUM POS KEPADA PIHAK PENGGUNA. 



TERIMA KASIH.